Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Naroden Majais berbual sesuatu dengan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Abang Johari kekal Ketua Cawangan PBB Gedong

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 1 Dis: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kekal sebagai Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Gedong semasa pemilihan dalam Mesyuarat Perwakilan Cawangan PBB Gedong.

Mengumumkan perkara itu, Wakil Khas Premier Sarawak di Gedong, Dato Sri Mohd Naroden Majais berkata, Abang Johari dilantik menjawat jawatan itu semula selepas diumumkan menang tanpa bertanding bagi tempoh 2024 hingga 2027.

“Semua ketiga-tiga sayap kita sudah selesai bermesyuarat dan selesai memilih Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu selepas AJK lama dibubar kelmarin bagi sayap wanita, pemuda dan bapa pagi tadi.

“Ketua cawangan hanya seorang sahaja yang dicalonkan dan bermakna calon ini menang tanpa bertanding iaitu tidak lain dan tidak bukan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mengumumkan keputusan pemilihan Mesyuarat Perwakilan PBB Cawangan N.26 Gedong 2024-2027, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, menurut Mohd Naroden, kekuatan PBB sehingga kini adalah kerana kesetiaan ahli malah pada masa ini parti tersebut amat dicemburui parti lain bukan sahaja di Sarawak tetapi juga seluruh negara.

“Sama ada di peringkat ranting atau cawangan, begitu juga penyokong PBB dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai ahli politik peringkat akar umbi, kitalah merupakan jentera yang akan berjuang serta memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Justeru, kita harus merapatkan saf dan barisan kita. Lupakan sengketa lama antara kita demi perjuangan PBB dan GPS di bawah pimpinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kita ini agar dapat membangunkan Daerah Gedong untuk anak serta cucu kita pada masa akan datang,” ujarnya.

Turut hadir Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Aidel Lariwoo, Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee dan ADUN Simunjan, Awla Dris. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan