SRI AMAN, 30 Nov: Seorang lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Bukit Temudok di sini, malam tadi.
Komander Operasi, Mohamad Fadhli Buyong berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 12.18 tengah malam dengan menggerakkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi kejadian.
“Kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu jenis kereta Perodua Myvi dan sebuah lori yang mana pelanggaran berlaku dari arah belakang .
“Kejadian tidak melibatkan mangsa yang tersepit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa yang cedera di bahagian lengan dilaporkan berjaya keluar daripada kenderaan sebelum anggota tiba. -TVS