Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melawat Tapak Projek Paip Gas Perumahan Quadruplex Taman Ceria (QTC) Miri hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarawak berhasrat salur bekalan gas memasak melalui paip – Abang Johari

BySalasiah Safian

MIRI, 30 Nov: Kerajaan Sarawak menerusi Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus komited untuk membekalkan gas memasak melalui saluran paip rumah ke rumah.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek ini akan dilaksanakan di seluruh Sarawak secara berperingkat.

“Jadi ini (paip gas) akan automatik ke dapur. Keduanya ini (Perumahan Quadruplex Taman Ceria (QTC) Miri) tempat pertama dan kita berhasrat untuk melaksanakannya ke seluruh Sarawak termasuk Kuching, Sebuyau, termasuklah Sri Aman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan Lawatan Tapak Projek Paip Gas Perumahan Quadruplex Taman Ceria (QTC) Miri hari ini.

Namun katanya, pemasangan paip gas ini menelan belanja yang tinggi iaitu sebanyak RM3,500 untuk sebuah rumah.

“Jadi gas LPG tiada lagi. Hal ini berkehendakkan dana yang banyak dan untuk di sini, pemasangannya adalah percuma kerana ditanggung oleh pihak PETROS Jadi, mudah-mudahan rezeki PETROS bertambah dan jika ia bertambah mungkin pemasangan ke kawasan seterusnya juga akan percuma dan ini akan meringankan beban rakyat kita,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan