Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Rosey Yunus bersama Dato Lukanisman pada Majlis Perasmian Regata Subis hari ini. Foto: TVS

Regata Subis simbol penyatuan rakyat Sarawak

ByVanessa Enjop

BEKENU, 30 Nov: Regata Subis mencuri tumpuan dengan kehadiran pengunjung tempatan dan dari negara jiran, Brunei Darussalam.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, acara dwitahunan itu menjadi simbol penyatuan masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

“Ia memberi peluang kepada peminat sukan air untuk menunjukkan bakat dan sebagai platform memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat Sarawak.

“Regata Subis bukan sekadar acara sukan air tetapi pentas untuk menyatukan komuniti pelbagai kaum dan latar belakang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Rosey Yunus pada Majlis perasmian Regata Subis, Sungai Sibuti, di sini hari ini.

Menurut Abang Johari, kawasan Subis juga berpotensi dimajukan dalam sektor pelancongan memandangkan acara seperti itu turut menarik kehadiran pelancong.

“Pada masa sama, acara seperti ini memberik impak kepada ekonomi masyarakat setempat,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, pada masa sama penduk Subis juga boleh mengetengahkan produk tempatan seperti kraf tangan, hasil pertanian dan makanan tradisional.

“Acara ini membuka ruang kepada masyarakat tempatan untuk memasarkan hasil kraf tangan, makanan tradisional dan produk tempatan,” jelasnya.

Sementara itu, pelbagai aktiviti diadakan sempena Regata Subis merangkumi perlumbaan bot panjang, maraton kayak, pump boat dan tunnel boat.

Lebih menarik lagi, regata kali ini turut memperkenalkan kategori baharu iaitu perlumbaan bot laju dan maraton lima kilometer.

Regata kali ini berjaya menarik penyertaan dari Kanowit, Mukah, Limbang, Marudi, Julau, Bintulu, Bintangor dan Brunei Darussalam.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan