Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiada kejadian tembak membabitkan pihak polis dan penjenayah di sebuah kawasan perumahan di Ampang, di sini, malam tadi, seperti ditularkan menerusi media sosial. Foto fail Bernama

Polis nafi kejadian tular tembakan di Ampang Jaya malam tadi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Tiada kejadian tembak membabitkan pihak polis dan penjenayah di sebuah kawasan perumahan di Ampang, di sini, malam tadi, seperti ditularkan menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail mengesahkan perkara berkenaan menerusi kenyataan ringkas hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun, sememangnya terdapat insiden melibatkan sebuah kereta peronda polis (MPV) mengejar sebuah kereta disyaki pesalah jenayah di lokasi berkenaan, kira-kira 10 malam tadi.

“Kereta terbabit berjaya ditahan dan disahkan tiada kejadian tembakan sebagaimana dihebahkan di media sosial,” katanya menambah maklumat penuh kejadian akan dikongsikan dalam masa terdekat.

Terdahulu, seorang pengguna TikTok telah memuat naik sebuah video yang sempat menerima 1,492 tanda suka dan 47 komen berkaitan kejadian tangkapan itu dan mendakwa berlaku kejadian tembak membabitkan polis dan penjenayah sebelum memadam hantaran terbabit.

Individu dalam rakaman video itu turut mendakwa terdapat enam das tembakan dilepaskan dan dua suspek melarikan diri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan