Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk Kapit yang tinggal di kawasan berisiko banjir dan tanah runtuh diingatkan sentiasa berwaspada berikutan keadaan cuaca tidak menentu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Foto media sosial

Penduduk Kapit perlu waspada kejadian banjir, tanah runtuh – Bomba

SIBU, 30 Nov: Penduduk Kapit yang tinggal di kawasan berisiko banjir dan tanah runtuh diingatkan sentiasa berwaspada berikutan keadaan cuaca tidak menentu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Zon 4 Sibu Andy Alie berkata penduduk hendaklah peka, jika hujan lebat berterusan melebihi dua jam dengan bersiap siaga untuk berpindah segera.

Beliau berkata tanda-tanda awal tanah runtuh juga perlu diberi perhatian agar dapat dilaporkan kepada pihak berkuasa seperti keretakan pada pagar, dinding atau tiang rumah, pokok menjadi condong, rekahan pada cerun dan lereng bukit di samping air keluar melalui permukaan tanah.

“Selain itu, tanda awal lain termasuk paip air pecah, rekahan pada tanah atau asas rumah, pokok tumbang yang menunjukkan akar tidak lagi mencengkam tanah, serta keretakan atau pergerakan permukaan jalan raya.

“Sekiranya penduduk melihat tanda-tanda awal ini, sila lapor segera kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkara berkenaan di sini hari ini.

Andy berkata penduduk juga perlu membuat pemantauan cerun di kawasan rumah panjang atau kediaman dari semasa ke semasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan