Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Teknikal Kuching City FC Wan Jamak Wan Hassan. Foto TVS

Platform jurulatih mantapkan latihan, corak permainan

KUCHING, 30 Nov: Pengarah Teknikal Kuching City FC Wan Jamak Wan Hassan menganggap Program Refresher Kejurulatihan Akademi mampu menjadi medan mencungkil bakat muda di Sarawak dalam bola sepak.

Beliau berkata, himpunan pemain terbaik di satu padang akan menyaksikan prestasi sebenar pemain.

Menurutnya, program tersebut juga memberi peluang kepada jurulatih memantapkan teknik latihan agar tidak ketinggalan.

“Semasa pertandingan dengan masa kita panggil untuk buat latihan, ada perbezaan ketara yang saya nampak.

“Jadi ini yang saya rasa jurulatih di Sarawak perlu tingkatkan terutama teknik permainan supaya Sarawak  tidak ketinggalan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita semasa Program Refresher Kejurulatihan Akedemi di Padang Bola Taman Sourabaya di Kuching pada Sabtu.

Program Refresher Kejurulatihan Akedemi merupakan kesinambungan daripada Kejohanan Tertutup Bola Sepak Belia PETRONAS 2024.

Pemain terbaik telah dipilih daripada kejohanan yang berlangsung selama tiga bulan untuk menyertai program tersebut mengikut peringkat umur.

Ia dibahagikan kepada empat kategori iaitu Bawah 10 tahun (48 pemain), Bawah 12 tahun (50 pemain), Bawah 14 tahun (49 pemain) dan Bawah 16 tahun (54 pemain). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan