KUCHING, 30 Nov: Program Refresher Kejurulatihan Akademi dapat menjadi platform baharu dalam mempelajari teknik dalam sukan bola sepak.
Pemain bawah 14 tahun, Wan Zahfiri berkata, dia percaya program tersebu mampu meningkatkan teknik permainan semasa berada di padang berbanding sebelum ini.
Menurutnya, terdapat perbezaan yang ketara dari segi segi latihan yang diberikan termasuk mempelajari strategi permainan yang baharu bersama jurulatih yang berbeza pengalaman.
“Platform ini sememangnya mampu untuk meningkatkan skil permainan di dalam padang.
“Teknik yang baharu itu sememangnya berbeza daripada apa yang saya pelajari sebelum ini,” katanya kepada pemberita semasa ditemui ketika Program Refresher Kejurulatihan Akedemi di Padang Bola Taman Sourabaya di Kuching pada Sabtu.
Selain itu, Pemain Bawah 14 Tahun, Nawfal Nizam menyatakan terdapat banyak perkara baharu yang dipelajarinya semasa mengikuti program tersebut terutama melibatkan latihan fizikal.
Menurutnya, latihan pada masa kini memerlukan lebih banyak penggunaan tenaga fizikal untuk mengikuti rentak dan strategi jurulatih baharu.
“Kami semua bermula dengan akademi namun sekarang permainan sudah berbeza.
“Dari segi latihan juga berbeza dan permainan semakin laju,” ujarnya.
Manakala Pemain Bawah 14 Tahun, Wan Mohamad Aqil Wan Huzaimi berkata, program sedemikian sangat baik untuk dikembangkan ke daerah lain di seluruh Sarawak bagi mencari bakat anak muda.
“Mungkin bagus sebab mempunyai peluang untuk mencungkil bakat di seluruh daerah.
“Takut ada lagi bakat yang bagus di seluruh Sarawak,” jelasnya. – TVS