Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tujuh piala cabaran bagi tahun 2023 disampaikan yang mana lima daripadanya diberikan kepada Bahagian Belia Sarawak, Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian atas kejayaan mengumpul sebanyak 8,140 pain darah. Foto: Mohamad Gustie (TVS)

PBSM simbol perpaduan rakyat Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 30 Nov: Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Sarawak terus menunjukkan komitmen dalam memupuk semangat perpaduan melalui inisiatif berimpak tinggi seperti kempen pendermaan darah dan aktiviti amal komuniti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin berkata, ia terbukti dengan peningkatan bilangan penderma darah.

Malah menurutnya, persefahaman dan kerjasama yang terjalin menerusi PBSM perlu diteruskan melibatkan masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

“PBSM Sarawak adalah lambang kepada slogan negeri kita yang terdapat dalam lagu kebesaran Sarawak Ibu Pertiwiku iaitu bersatu, berusaha dan berbakti. Setiap kali saya hadir, saya terinspirasi dengan kerja keras dan pengorbanan mereka.

“Mereka membuktikan bahawa tindakan lebih bermakna daripada kata-kata. Usaha konsisten mereka termasuk dalam meningkatkan bilangan penderma darah wanita adalah contoh cemerlang bagaimana kita dapat membantu rakyat secara kolektif,” katanya.

Sasar kumpul 26,000 pain darah menerusi larian amal

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Penderma Darah 2024 anjuran PBSM Cawangan Kuching di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengerusi PBSM Cawangan Kuching, Dr. Chuo Chu Ming; Naib Pengerusi PBSM Cawangan Kuching Titus Chuo dan Pengarah Hospital Umum Sarawak (HUS), Dr. Ngian Hie Ung.

Wilfred turut menekankan PBSM bukan sahaja simbol perpaduan dan pengorbanan tetapi pemangkin kepada pelbagai program kemasyarakatan yang memupuk nilai murni dalam kalangan rakyat Sarawak.

“Perpaduan adalah asas kepada segala kejayaan. Jika kita bersatu, kita mampu mencapai lebih banyak untuk rakyat. Usaha adalah kunci kepada pencapaian dan PBSM telah menunjukkan bahawa melalui usaha gigih, matlamat boleh dicapai.

“Saya berharap mereka yang dibantu hari ini suatu hari nanti akan menyumbang kembali kepada Sarawak yang kita cintai,” ujarnya.

Sasar kumpul 26,000 pain darah menerusi larian amal

Sebagai sokongan kepada inisiatif larian amal Run To Save Lives 5.0 yang dijadualkan pada 22 Jun 2025, Wilfred yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kota Sentosa mengumumkan sumbangan sebanyak RM15,000 untuk edisi kelima acara tersebut.

Pada majlis itu, tujuh piala cabaran bagi tahun 2023 disampaikan yang mana lima daripadanya diberikan kepada Bahagian Belia Sarawak, Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian atas kejayaan mengumpul sebanyak 8,140 pain darah.

Dua penerima piala lain ialah Tay Motors Kuching yang menyumbang 1,010 pain darah dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kuching dengan 617 pain darah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan