Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto fail Bernama

Pakistan zahir hasrat hantar sumbangan banjir kepada Malaysia – PM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif berhasrat menghantar sumbangan bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang terkesan akibat banjir sebagai tanda solidariti dan kebersamaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dizahirkan rakan sejawatnya menerusi perbualan telefon mereka petang tadi dan Shehbaz turut menyatakan simpati kepada Malaysia susulan musibah tersebut.

“PM Shehbaz mendoakan perlindungan dan kesejahteraan kepada lebih 140,000 rakyat Malaysia di beberapa negeri yang terkesan dengan bencana banjir.
“Saya nyatakan penghargaan tertinggi atas sifat murah hati PM Shehbaz dan mengalu-alukan sumbangan itu bagi menghargai persahabatan erat Malaysia-Pakistan,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Anwar, yang mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan Pakistan itu, turut menjemput Shehbaz berkunjung ke Malaysia pada awal tahun depan.

Menerusi hantaran itu, Anwar juga berkata keutamaan dan perhatian sepenuhnya kini tertumpu kepada kebajikan serta keselamatan mangsa banjir.
“Semoga Allah mengangkat musibah ini sesegera mungkin,” katanya.

Keadaan banjir di sembilan negeri terus memburuk hari ini dan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara ialah seramai 142,684 orang setakat petang tadi.

Bencana itu turut mengorbankan empat nyawa setakat ini.

Selain Kelantan yang paling teruk terkesan akibat bencana itu, banjir turut melanda Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Perlis, Johor, Melaka, Perak dan Selangor. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan