Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan. Foto Envato

Media Kanada saman OpenAI atas pelanggaran hak cipta

ByBernama

HAMILTON (Kanada), 30 Nov: Lima penerbit berita Kanada bertindak memfailkan saman terhadap OpenAI, mendakwa syarikat itu melanggar hak cipta, lapor Agensi Anadolu.

Dalam kenyataan bersama, Torstar, Postmedia, The Globe and Mail, The Canadian Press, dan CBC/Radio-Canada menuduh OpenAI kerap melanggar hak cipta serta syarat penggunaan dalam talian dengan mengambil sebahagian besar kandungan daripada media Kanada untuk membangunkan produknya seperti ChatGPT.

“OpenAI memanfaatkan dan meraih keuntungan daripada penggunaan kandungan ini tanpa mendapatkan kebenaran atau memberi pampasan kepada pemilik kandungan.

“Kenyataan OpenAI yang mendakwa bahawa penggunaan harta intelek syarikat lain untuk keuntungan komersial mereka adalah adil atau demi kepentingan awam adalah salah.

“Kewartawanan adalah demi kepentingan awam. Penggunaan kewartawanan oleh OpenAI untuk keuntungan mereka sendiri bukan sahaja tidak adil tetapi juga menyalahi undang-undang,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa tuntutan terbabit bertujuan untuk menangani penggunaan tidak sah kandungan Kanada serta menguatkuasakan undang-undang negara.

Kelima-lima penerbit menyatakan bahawa mereka melaburkan ratusan juta dolar dalam laporan kritikal, penyiasatan, dan laporan asal yang dilindungi oleh hak cipta.

Tuntutan difailkan di Mahkamah Tinggi Ontario, menuntut ganti rugi punitif daripada OpenAI, termasuk pembayaran keuntungan yang diperoleh syarikat itu daripada penggunaan artikel berita organisasi berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan