Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor serta keluarganya terpaksa berpindah ke tempat yang lebih selamat selepas kediaman rasmi di Seri Mentaloon di sini semakin ditenggelami air. Foto media sosial

MB Kedah dan keluarga berpindah, kediaman rasmi ditenggelami air

ByBernama

ALOR SETAR, 30 Nov: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor serta keluarganya terpaksa berpindah ke tempat yang lebih selamat selepas kediaman rasmi di Seri Mentaloon di sini semakin ditenggelami air.

Pegawai Khas Media Menteri Besar Helmi Khalid berkata paras air di kediaman rasmi itu semakin meningkat mulai pagi tadi dan menghampiri satu meter pada petang kesan daripada limpahan Sungai Anak Bukit yang terletak di belakang Seri Mentaloon.

“Menteri Besar mengambil keputusan untuk berpindah lebih awal tengah hari tadi ke tempat yang lebih selamat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Helmi turut berkongsi di media sosialnya video yang memaparkan Muhammad Sanusi menggendong anak perempuannya keluar dari kediaman itu untuk berpindah berikutan air telah mencecah paras pinggang.

Isteri beliau, Tok Puan Seri Jusmalailani Jusoh dan anak-anak mereka yang lain turut kelihatan membawa dan mengangkat beg keluar dari kediaman berkenaan.

Semalam, media melaporkan kediaman rasmi Menteri Besar Kedah setinggi dua tingkat ditenggelami air sejak pagi dan kediaman itu terletak tidak sampai 100 meter dari tebing Sungai Anak Bukit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan