Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah lori membawa muatan bata tergelincir dan terbalik di bahu jalan di Bulatan Telang Usan, Miri, hari ini. Foto JBPM

Lori bawa muatan bata terbalik

MIRI, 30 Nov: Sebuah lori membawa muatan bata tergelincir dan terbalik di bahu jalan di Bulatan Telang Usan di sini, pagi tadi.

Komander Operasi, Robinson Anyie Danyin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 11.30 pagi dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri ke lokasi kejadian.

“Kemalangan kendiri melibatkan sebuah lori dengan muatan bata telah tergelincir di bahu jalan. Pemandu lori tersebut mengalami kecederaan ringan.

“Mangsa dibawa oleh ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke pusat rawatan terdekat untuk mendapatkan rawatan sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba membantu mencuci dan membersihkan minyak daripada kemalangan tersebut bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

“Setelah memastikan keadaan di lokasi selamat, anggota bomba bersama jentera bertolak balik ke balai,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan