Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima motosikal ditahan untuk tujuan dokumentasi dalam Opeerasi Bersepadu Samseng Jalan di Sibu. Foto IPD Sibu

Lima motosikal ditahan untuk dokumentasi

SIBU, 30 Nov: Lima motosikal ditahan untuk tujuan dokumentasi dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalan di Sibu semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, operasi dijalankan di sekitar Taman Permai, Jalan Bujang Suntong dan Jalan Ramli Amit mulai jam 5 petang hingga 3 pagi.

“Dalam operasi tersebut dua lelaki tempatan masing-masing berumur 18 tahun ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Sek.42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Seramai lapan lelaki tempatan diperiksa dan 26 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, ia melibatkan kesalahan tidak mempunyai lesen memandu, ubah suai struktur, ubah suai ekzos, tiada cermin sisi, lesen kenderaan motor tamat tempoh dan eksesori tidak sempurna.

“Pihak polis menasihatkan orang awam supaya mematuhi undang-undang jalan raya. Ibu bapa juga disaran supaya memantau dan peka dengan aktiviti anak mereka agar tidak terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan