Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Thailand mengarahkan Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana (DDPM) mengemukakan belanjawan kecemasan untuk kelulusan bagi mempercepatkan usaha bantuan di wilayah yang dilanda banjir di selatan Thailand. Foto fail AFP

Kerajaan Thailand gerakkan dana kecemasan bantu mangsa banjir di selatan

ByBernama

BANGKOK, 30 Nov: Kerajaan Thailand mengarahkan Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana (DDPM) mengemukakan belanjawan kecemasan untuk kelulusan bagi mempercepatkan usaha bantuan di wilayah yang dilanda banjir di selatan Thailand.

Jabatan itu juga dikehendaki mengemukakan cadangan lanjut kepada Kabinet untuk menangani keperluan khusus di setiap kawasan yang terjejas, kata Timbalan Jurucakap Kerajaan Sasikan Wattanachan dalam satu kenyataan Sabtu.

Beliau berkata ini adalah tambahan kepada peruntukan bajet kecemasan yang diluluskan oleh Jabatan Ketua Pengawal pada Jumaat untuk enam wilayah iaitu Songkhla, Narathiwat, Pattani, Yala, Surat Thani dan Nakhon Si Thammarat.

“Bajet kecemasan bagi setiap wilayah dinaikkan daripada 50 juta baht kepada 70 juta baht untuk meringankan kesusahan yang dihadapi rakyat terjejas,” katanya sambil menambah bahawa dana tambahan itu bertujuan untuk membolehkan usaha bantuan yang pantas dan berkesan.

Setakat 6 pagi Sabtu, lapan wilayah iaitu Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Trang, Satun, Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat terjejas teruk akibat banjir, menjejaskan sejumlah 553,921 isi rumah.

Pusat Songkhla Zon 12 DDPM dengan kerjasama pejabat bencana wilayah mengerahkan pasukan operasi dan pelbagai jenis peralatan bantuan bencana termasuk kenderaan bantuan banjir, bot, dapur bergerak dan trak untuk menyokong usaha menyelamat dan bantuan kepada mereka yang terjejas, kata Sasikan.

“Sebanyak 486 unit digerakkan untuk membantu penduduk di kawasan terjejas, dengan pasukan mengutamakan penghantaran bantuan ke wilayah Satun, Songkhla, Pattani, Yala, dan Narathiwat,” katanya.

Beliau juga berkata bahawa lapan wilayah yang terjejas teruk secara rasmi diisytiharkan sebagai zon bencana dan ditetapkan sebagai kawasan bantuan kecemasan.

Ia merangkumi Nakhon Si Thammarat, Narathiwat, Pattani, Phatthalung, Yala, Songkhla, Trang, dan Chumphon, meliputi 51 daerah, 346 mukim dan 2,163 kampung atau komuniti. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan