Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh ketika ditemui pemberita selepas program 'Railway To See Malaysia Fun Run 2024' di Ibu Pejabat KTMB hari ini. Foto Bernama

KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan negeri Selatan di Semenanjung tanah air itu yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai venue penganjuran sukan bola sepak, dengan fasiliti yang lengkap dan bertaraf antarabangsa.

“Menarik untuk Johor kerana mereka mempunyai fasiliti bola sepak bertaraf dunia. Ini merupakan kebangggan negara. Johor boleh bersama KBS untuk jadi host bola sepak dalam penganjuran Sukan SEA 2027.

“Kita kene tunggu kenyataan Exco Johor, mereka tunggu perkenan pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail untuk menganjur sukan iaitu bola sepak bagi temasya sukan dwi-tahunan itu,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan larian Railway to See Malaysia Fun Run 2024 di Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu Berhar (KTMB) di sini hari ini.

Rabu lepas, Exco Belia Sukan dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor Mohd Hairi Mad Shah memaklumkan hasrat Johor sebagai tuan rumah bagi sukan bola sepak, dan sedang menunggu perkenan daripada Tunku Mahkota Ismail, berhubung perkara itu.

Dalam pada itu Hannah berkata KBS akan mengadakan mesyuarat bersama negeri-negeri yang mempunyai hasrat bagi menjadi penganjur bersama KBS pada temasya sukan berprestij itu, pada awal tahun depan.

Beliau berkata pihaknya juga akan menubuhkan jawatankuasa bersama penganjuran Sukan SEA 2027, bagi melancarkan persediaan Malaysia bagi temasya sukan itu.

“Mesyuarat akan diadakan awal tahun depan, kita nak mulakan awal untuk pastikan persediaan rapi, kerana melibatkan beberapa negeri.

“Kita akan bincang dengan negeri-negeri yang berminat untuk jadi host, kita bincang bersama akan ada jawatankuasa bersama untuk anjur Sukan SEA 2027 untuk bergerak bersama,” katanya.

Ogos lepas KBS dalam satu kenyataan memaklumkan, Malaysia telah menerima tawaran daripada pihak Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk menjadi tuan rumah bagi temasya ke- 34 itu.

Ia merupakan kali ketujuh, Malaysia dipilih sebagai tuan rumah setelah edisi 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017.

Kuala Lumpur dan beberapa negeri seperti Sarawak dan Pulau Pinang juga bakal terbabit selaku venue bagi beberapa acara yang bakal dipertandingkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan