Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 34 orang maut, empat dilaporkan hilang dan 74 cedera berikutan hujan monsun dalam tempoh sembilan hari lepas di negeri Himachal Pradesh, utara India, lapor Xinhua memetik pegawai pada Ahad. Foto hiasan Envato

Hujan berterusan di Kelantan, Terengganu dan Perak hingga esok – MetMalaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Nov : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan hingga esok di Kelantan, Terengganu dan Perak.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Kelantan khususnya di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu juga diramal mengalami hujan lebat berterusan dalam tempoh sama.

Hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Dungun dan Kemaman). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan