KUCHING, 30 Nov: Empat kediaman di Tabuan Height di sini diancam tanah susur pagi tadi.
Komander Operasi, Chaplin Wan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 9.16 pagi dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan ke loasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati telah berlaku tanah susur pada tebing sungai dan telah menyebabkan pagar rumah dikawasan tersebut telah runtuh.
“Kejadian ini melibatkan empat rumah struktur kekal dua tingkat yang mana tiga rumah hanya melibatkan pagar dan sebuah rumah telah terjejas pada bahagian dapur yang disambung,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, katanya, struktur rumah tersebut berada jauh daripada lokasi runtuhan.
“Kejadian tersebut tiada melibatkan mangsa.
“Anggota bomba membuat penilaian dan pemantauan dilokasi serta memberi khidmat nasihat keselamatan perihal kejadian serta mencadangkan untuk menutup kawasan runtuhan dengan kanvas bagi mengelak air mengalir ketika hujan,” ujarnya.
Katanya, pihak bomba juga telah memasang sawar-sawar di lokasi kejadian.-TVS