Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi berucap pada Majlis Pecah Tanah Loji Kuasa Turbin Gas Kitaran Gabungan (CCGT) Miri hari ini

CCGT Miri tingkatkan infrastruktur tenaga Sarawak

BySalasiah Safian

MIRI, 30 Nov: Loji Kuasa Turbin Gas Kitaran Gabungan (CCGT) Miri akan meningkatkan infrastruktur tenaga Sarawak dengan ketara terutama dalam bekalan kuasa lebih bersih dan boleh dipercayai di Miri serta kawasan utara wilayah ini.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi berkata, perancangan teliti diperlukan untuk menghidupkan projek tersebut.

“Daripada reka bentuk hingga pelaksanaan, butiran seperti pengurusan trafik yang berkesan dan setiap aspek dipertimbangkan dengan teliti untuk memastikan ia berjaya disiapkan.

“Dengan menerima teknologi lebih bersih dan memanfaatkan sumber gas asli secara bertanggungjawab, kami bukan sahaja dapat menampung keperluan tenaga hari ini tetapi membuka jalan untuk masa depan tenaga lebih mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Loji Kuasa Turbin Gas Kitaran Gabungan (CCGT) Miri, di sini hari ini.

Julaihi menjelaskan, Loji Janakuasa CCGT Miri dapat dilihat sebagai simbol komitmen Sarawak terhadap pembangunan mampan.

“Pada masa sama, dengan meningkatkan penggunaan gas domestik daripada enam peratus kepada 30 peratus menjelang 2030, Sarawak turut mewujudkan peluang untuk rakyat sambil memanfaatkan sumber asli bagi manfaat generasi semasa dan akan datang,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan