Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew ketika merasmikan Borneo Jazz Festival 2024 di Eastwood Valley Golf and Country Club, Miri. Foto Faisal Rambli (TVS)

Borneo Jazz Festival 2024 di Miri meriah, nikmati muzik pelbagai budaya

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 30 Nov: Borneo Jazz Festival 2024 anjuran Majlis Bandaraya Miri dengan sokongan Lembaga Pelancongan Sarawak membuka tirainya pada Jumaat.

Festival kali ini telah mengumpulkan pencinta muzik jazz dari pelbagai negara untuk menikmati persembahan bertaraf antarabangsa di Sarawak, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam kalendar pelancongan Sarawak.

Terdahulu perasmian festival berkenaan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Sebastian dalam pada itu mengajak para pengunjung untuk bukan sahaja menikmati alunan muzik yang dipersembahkan, tetapi juga untuk menghargai keunikan dan keindahan gabungan elemen-elemen jazz dengan pelbagai budaya yang wujud dalam festival ini.

Beliau turut mengajak hadirin untuk menikmati muzik yang melampaui batasan usia dan sempadan.

“Muzik menyatukan kita semua, sama ada yang muda mahupun yang berusia. Jadi, malam ini dan esok, mari kita raikan muzik bersama-sama,” katanya.

Festival kali ini menampilkan persembahan daripada artis-artis terkemuka dari Malaysia, Amerika Syarikat, dan Indonesia, yang mempesonakan penonton dengan irama muzik yang menarik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan