Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hujan lebat berterusan di selatan Thailand menyebabkan banjir besar yang meragut sembilan nyawa, manakala lebih 13,000 orang dipindahkan setakat Sabtu, menurut Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana (DDPM). Foto AFP

Banjir di selatan Thailand ragut sembilan nyawa, lebih 13,000 orang dipindahkan

ByBernama

BANGKOK, 30 Nov: Hujan lebat berterusan di selatan Thailand menyebabkan banjir besar yang meragut sembilan nyawa, manakala lebih 13,000 orang dipindahkan setakat Sabtu, menurut Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana (DDPM).

Bencana itu menjejaskan lapan wilayah iaitu Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Trang, Satun, Songkhla, Pattani, Yala, dan Narathiwat, melibatkan 78 daerah, 3,552 kampung serta kira-kira 553,921 isi rumah, menurut kenyataan DDPM pada Sabtu.

DDPM memaklumkan sebanyak 200 pusat pemindahan dibuka di empat wilayah termasuk 79 di Narathiwat, 16 di Songkhla, 43 di Yala, dan 62 di Pattani dengan 13,029 mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

Selain itu, dua “Warm-Hearted Shelters” di Narathiwat dan Pattani yang diwujudkan melalui derma diraja menyediakan makanan, sokongan perubatan, dan perkhidmatan penting lain, dengan pegawai kesihatan ditempatkan untuk membantu mangsa.

Di Pattani, empat hospital ditutup sementara akibat banjir besar yang menyebabkan paras air di dalam wad pesakit mencecah kira-kira satu meter.

Ketua Kesihatan Awam Wilayah Pattani, Dr. Anurak Sarapab mengesahkan operasi di hospital di daerah Nong Chik, Mae Lan, Yaring, dan Thung Yang Daeng dihentikan buat sementara waktu.

“Semua pesakit dipindahkan ke lokasi selamat dan hospital lapangan didirikan bagi terus menyediakan perkhidmatan perubatan,” katanya.

Sementara itu, Kereta Api Negeri Thailand mengumumkan perubahan sementara pada perkhidmatan di Laluan Selatan.

Sebanyak 10 laluan kereta api akan memulakan dan menamatkan perjalanan di stesen berbeza, manakala 12 perkhidmatan digantung sehingga diberitahu kelak.

Perubahan ini berkuat kuasa mulai 30 Nov dan akan dilanjutkan sehingga keadaan kembali pulih. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan