Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita maut apabila kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan di kawasan Sungai Kemena, Lebuhraya Pan Borneo, Sibu-Bintulu petang semalam. Foto JBPM

Wanita maut kemalangan di kawasan Sungai Kemena, Lebuhraya Pan Borneo

TATAU, 29 Nov: Seorang wanita maut apabila kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan di kawasan Sungai Kemena, Lebuhraya Pan Borneo, Sibu-Bintulu petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tatau, Jankey Jikat berkata, mangsa berumur 36 tahun disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang turut berada di lokasi.

Bomba menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 4.04 petang yang seterusnya menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba mengeluarkan mangsa di bahagian pemandu sebelum diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan