Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan SAR terus melakukan usaha penanganan tanah runtuh di Sibolangit, Deli Serdang, Sumatera Utara.Foto Polis Sumatera Utara

Tujuh korban, 20 cedera tanah runtuh di Sumatera Utara

JAKARTA, 29 Nov: Seramai tujuh terkorban manakala lebih 20 cedera dalam kejadian tanah runtuh di Sibolangit, Deli Serdang, Sumatera Utara, Indonesia pada Khamis.

Tragedi itu berlaku susulan cuaca hujan lebat sejak pagi semalam turut melumpuhkan laluan utama Medan-Berastagi di enam titik di sepanjang kawasan itu dan menimbus beberapa kenderaan termasuk sebuah bas pelancong yang melalui laluan itu.

Menurut laporan Polis Wilayah Sumatera Utara, sehingga kini pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah memindahkan tujuh mangsa yang maut dari lokasi kejadian manakala lebih 20 orang dilaporkan cedera menerima rawatan perubatan di hospital berhampiran.

Jurucakap Polis Wilayah Sumatera Utara, Hadi Wahyudi mendedahkan proses pengesanan mangsa akan diteruskan hari ini bagi mencari mangsa lain yang berkemungkinan masih tertimbus dan terjebak di dalam kenderaan.

“Tanah runtuh menimbus beberapa kenderaan lalu dan kita belum tahu jumlah sebenar mangsa dalam kenderaan itu, oleh kerananya usaha mencari dijalankan sehingga semua bahan tanah runtuh dibersihkan,” katanya.

Pasukan gabungan termasuk tentera dan polis terus berusaha untuk mengalihkan kenderaan yang tertimbus, membersihkan bahan tanah runtuh, dan membuka laluan jalan berikutan jalan utama terputus.

Dua buah jengkaut turut dikerah bagi mempercepat proses penanganan tanah runtuh ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan