Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara barangan yang dirampas SFC menerusi serbuan di sekitar bandar raya Miri. Foto SFC

SFC tumpas sindiket penyeludupan hidupan dan tumbuhan liar bernilai RM15 juta

KUCHING, 29 Nov: Sarawak Forestry Corporation (SFC) dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 12 Miri menumpaskan satu sindiket penyeludupan hidupan dan tumbuhan liar dalam Operasi Bersepadu Khazanah di sekitar bandar raya Miri.

SFC menerusi kenyataan memaklumkan rampasan ini dianggarkan bernilai RM15 juta dan merupakan antara kejayaan terbesar dalam sejarah operasi SFC.

“Hasil operasi ini menyaksikan rampasan pelbagai jenis hidupan dan tumbuhan liar yang dilindungi dan dilindungi sepenuhnya,” kata kenyataan itu, hari ini.

Antara barang rampasan termasuk kayu gaharu dan serbuk gaharu, minyak pati gaharu, sisik tenggiling, gelga landak, tanduk rusa, tanduk kijang, kepala burung kenyalang, tengkorak hidupan liar, terumbu karang, hempedu beruang, taring babi, kuku beruang, haiwan eksotik, anak buaya dan wang tunai bernilai RM42,635.

Kesemua suspek yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Miri untuk tindakan selanjutnya. Kes ini  disiasat di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 (Bab 26).

Sehubungan itu, Kontroler Hidupan Liar Sarawak memuji keberhasilan operasi ini dan menyatakan bahawa ia merupakan salah satu tangkapan terbesar setakat ini, membuktikan dedikasi SFC dan agensi berkaitan dalam usaha berterusan untuk membanteras jenayah yang melibatkan flora dan fauna di negeri ini.

Operasi Bersepadu Khazanah bertujuan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang serta membanteras jenayah berkaitan biodiversiti seperti pencerobohan hutan, pemburuan haram, penyeludupan hidupan liar dan pengambilan sumber biodiversiti secara haram.

“Usaha ini melibatkan kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara selain agensi serta jabatan berkaitan di Sarawak dan Sabah,” kata kenyataan itu lagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan