Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ekspo ESports Sarawak 2024 (SAREX24) merupakan peluang terbaik bagi Sarawak untuk menjadi tuan rumah kepada acara bertaraf antarbangsa ini, selain memperkenalkan budaya wilayah ini kepada peserta yang bertandang dari luar negara. Foto TVS

SAREX24 tampilkan Sarawak teraju sukan elektronik

KUCHING, 29 November: Ekspo ESports Sarawak 2024 (SAREX24) merupakan platform terbaik yang meletakkan Sarawak sebagai salah satu peneraju sukan elektronik dan industri digital di rantau ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah meyakini penganjuran edisi ketiga itu sekali gus mengasah bakat golongan belia, meraikan inovasi dan memperkasakan sukan elektronik wilayah ini ke peringkat global serta pada yang sama memacu segmen pelancongan dan hospitaliti Sarawak.

“Saya ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada penganjur kerana berjaya mengadakan satu pertandingan yang akan tentu sekali mendukung industri hospitaliti dan pelancongan.

“Apabila terdapat kemasukan pelancong dari luar Sarawak, mereka tentunya memerlukan tempat penginapan, makanan dan juga membeli tanda kenangan apabila bertandang ke mari, dan ini secara tidak langsung akan membantu perkembangan keseluruhan industri di wilayah ini, termasuk industri penerbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Ekspo ESports Sarawak 2024 (SAREX24) di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Presiden Persatuan Esports Sarawak (SESA) merangkap Pengerusi Penganjur SAREX24, Afiq Fadhli Narawi berkata acara terbabit merupakan peluang terbaik bagi Sarawak untuk menjadi tuan rumah kepada acara bertaraf antarbangsa ini, selain memperkenalkan budaya wilayah ini kepada peserta yang bertandang dari luar negara.

“Ini bukan sekadar satu pertandingan, malah kami mahu menerapkan elemen-elemen penting dalam sukan elektronik dan pada masa yang sama memberi pendedahan baharu kepada pemain-pemain sukan elektronik tempatan dan merasai sendiri pengalaman bertanding dengan pemain-pemain bertaraf antarabangsa, kerana jika kita mahu ke negara luar, kosnya amat tinggi.

“Justeru, kami menjemput pemain-pemain antarabangsa untuk datang ke Sarawak dan merasai sendiri kepelbagaian serta keunikan budaya kita dan pada masa yang sama menguar-uarkan sumbangan Sarawak dalam sukan elektronik ini,” ujarnya.

Setakat November 2024, seramai 600 peserta daripada negara-negara antaranya termasuklah Brunei, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Laos, Cambodia, Vietnam, Timor-Leste dan Myanmar telah mendaftarkan diri untuk menyertai SAREX24 yang akan bermula pada 13 hingga 15 Disember 2024 kelak.

Mereka akan bertanding untuk merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM80,000 dan pastinya Tapak Acara Majlis Bandaraya Kuching Utara (MBKS) akan dirancakkan lagi dengan penyertaan pengunjung yang akan turut serta dalam bengkel sukan elektronik, keusahawan digital serta teknologi terkini dunia sukan elektronik.– TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan