Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan seorang lelaki selepas menemukan lebih 100 kilogram (kg) daun ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Pahlawan, Umbai, Jasin semalam. Foto hiasan Envato

Polis rampas lebih 100kg daun ketum, seorang penganggur ditahan

ByBernama

JASIN, 29 Nov: Polis menahan seorang lelaki selepas menemukan lebih 100 kilogram (kg) daun ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Pahlawan, Umbai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata suspek berumur 38 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.40 pagi oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin hasil maklumat awam.

Beliau berkata dalam serbuan itu polis merampas 451 plastik lutsinar disyaki berisi daun ketum seberat 108kg dan satu beg plastik hitam seberat 6kg yang juga disyaki daun ketum, di samping 27 bungkusan plastik lutsinar berisi cecair disyaki air ketum sebanyak 27 liter dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan RM4,830.

“Suspek yang mempunyai tiga rekod lampau berkaitan Akta Racun didapati negatif dadah, dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Jamil berkata suspek yang tidak bekerja itu dipercayai memperoleh bekalan daun berkenaan daripada seorang lelaki dari Kedah yang menghantar kepadanya di Merlimau dua hari lepas.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan