Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan Sungai Kelantan berhampiran Tambatan D'Raja yang mula melepasi paras bahaya hari ini. Foto Bernama

Polis nasihat orang ramai tidak bawa anak kecil pantau paras air sungai, jangan jadikan pesta

ByBernama

KOTA BHARU, 29 Nov: Polis menasihatkan orang ramai yang berhasrat membuat tinjauan paras air Sungai Kelantan di Tambatan D’Raja di sini agar sentiasa berwaspada dan tidak membawa anak kecil semasa membuat tinjauan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata penduduk tempatan sering menjadikan amalan memantau paras air sungai itu sebagai acara tahunan di musim tengkujuh, dan beliau mengingatkan bahawa dengan hanya kesilapan sedikit saja, ia boleh menyebabkan kecelakaan.

“Nasihat saya jangan bawa anak-anak kecil ke kawasan dinaiki air semata-mata untuk melihat keadaan paras air sungai, kita tidak mahu banjir yang melanda Kelantan sekarang dijadikan sebagai “pesta” bermain air walaupun di kawasan cetek berhampiran rumah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata selain terdedah bahaya dihanyutkan arus, mereka juga terdedah kepada kemungkinan digigit haiwan berbisa yang ada di dalam air.

“Polis akan menjalankan rondaan bagi menasihatkan orang ramai agar tidak bermain air dan menjadikan musim banjir sebagai pesta,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan