Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berucap pada Majlis Apresiasi Dua Dekad Institut Integriti Malaysia (IIM) di Auditorium Integriti pada Khamis. Foto Bernama

Peranan IIM terus diperkukuh, bantu perkemas tatakelola baik – KSN

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Nov: Peranan Institut Integriti Malaysia (IIM) perlu terus diperkukuh untuk memperkemas aspek tatakelola bukan sahaja dalam sektor awam malah semua segmen masyarakat, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata usaha itu selaras dengan matlamat Kerajaan MADANI yang berhasrat menjadikan Malaysia sebuah negara berintegriti tinggi selain dihormati di peringkat global.

Shamsul Azri berkata langkah IIM yang melancarkan pelan strategik dengan empat teras utama baru-baru ini dilihat signifikan untuk mencapai matlamat itu.

“Teras utama ini merangkumi peranan IIM sebagai badan pemikiran perdana yang unggul di peringkat nasional dan antarabangsa serta memperkukuh kerjasama strategik di dalam dan luar negara untuk memperluas amalan terbaik integriti.

“Selain itu, IIM menggalas peranan sebagai organisasi utama dalam pendidikan dan advokasi integriti dan melestarikan tatakelola yang mampan,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Dua Dekad IIM di Auditorium IIM pada Khamis.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif IIM Rahman Mohd Din dan Tan Sri Kamaluddin Abdullah mewakili bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi,.

Shamsul Azri turut mengingatkan setiap individu khususnya penjawat awam agar bertanggungjawab dalam melaksanakan setiap tindakan dengan jujur dan adil serta tidak terjebak dalam kancah rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Beliau berkata nilai integriti adalah tunjang kepada sistem pentadbiran negara bagi memastikan setiap keputusan yang diambil adalah untuk kebaikan rakyat dan bukan demi kepentingan peribadi.

“Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam yang digerakkan kerajaan ketika ini menerapkan nilai integriti yang menjadi antara Teras Keberhasilan Reformasi Pertama iaitu Penghayatan Nilai dan Tatakelola di bawah Strategi Integriti dan Akauntabiliti.

“Sebagai pemimpin, kita memikul tanggungjawab besar untuk memastikan budaya integriti terus subur…kita perlu menjadi teladan dengan menunjukkan integriti dalam setiap tindakan kita kerana kepercayaan rakyat terhadap kerajaan adalah aset yang tidak ternilai harganya,” kata beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan