Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pengurus syarikat swasta di sini, kerugian RM300,000 selepas terpedaya pelaburan tidak wujud. Foto hiasan Envato

Pengurus syarikat rugi RM300,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

KUCHING, 29 Nov: Seorang pengurus syarikat swasta di sini kerugian RM300,000 selepas terpedaya pelaburan tidak wujud.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, mangsa berusia 60-an telah melayari laman sosial Facebook dan tertarik dengan iklan pelaburan cryptocurrency ketika berada di rumah pada pertengahan Oktober 2024.

“Mangsa telah menekan pautan dan seterusnya dimasukkan ke dalam group Whatsapp ’13ADREAM VAULT’.

“Mangsa berurusan dengan beberapa orang individu yang tidak dikenali (suspek) melalui aplikasi Shatsapp,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, suspek kemudian mengarahkan mangsa untuk membuat turun aplikasi ‘UVKXE’ untuk memantau dan membimbing mangsa dalam pelaburan cryptocurrency.

“Mangsa yang terpedaya telah melakukan beberapa transaksi pemindahan wang secara berperingkat ke dalam akaun bank yang diberikan suspek berjumlah RM300,000.

“Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila tidak dapat mengeluarkan pulangan keuntungan di dalam aplikasi ‘UVKXE’,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan