Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani (dua kanan) ketika menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) ke-12 di Jakarta hari ini. Foto David Andreas (TVS)

Malaysia, Indonesia teruskan kerjasama mengenai EUDR

JAKARTA, 29 Nov: Malaysia dan Indonesia mencapai persetujuan untuk meneruskan kerjasama mengenai Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) selepas Parlimen Eropah melanjutkan tarikh akhir pelaksanaan selama setahun.

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kerjasama antara Malaysia dan Indonesia adalah untuk memastikan kedua-dua pihak mendapat manfaat.

“Jadi, inilah semangat Malaysia dan Indonesia dalam memastikan mana-mana peraturan di dunia akan dipatuhi tetapi kita perlu memastikan semuanya memberi manfaat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) ke-12 di sini hari ini.

Menurutnya, negara lain yang ingin menetapkan peraturan juga harus memahami keunikan setiap negara dari segi undang-undang.

Tambahnya, minyak sawit merupakan komoditi penting dunia manakala Indonesia ialah pengeluar minyak sawit terbesar manakala Malaysia pengeluar kedua terbesar.

“Pasukan petugas mengenai EUDR akan terus berbincang untuk mencapai matlamat dan memberi tumpuan kepada pekebun kecil atas pematuhan tanpa menafikan hak mereka untuk menanam kelapa sawit yang merupakan pendapatan utama mereka,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan