Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 463,000 orang terjejas akibat bencana berkaitan hujan di Sri Lanka bermula dari 22 Nov. Foto hiasan Envato

Lebih 463,000 terjejas, 15 maut di Sri Lanka akibat cuaca buruk

ByBernama

COLOMBO, 29 Nov: Lebih 463,000 orang terjejas akibat bencana berkaitan hujan di Sri Lanka bermula dari 22 Nov, menurut Pusat Pengurusan Bencana negara itu (DMC) pada Jumaat, lapor Xinhua.

DMC dalam kemas kini situasi terbarunya berkata, 463,569 orang daripada 138,191 keluarga di 24 daripada 25 daerah pentadbiran telah terjejas akibat banjir, pokok tumbang, angin kencang, dan tanah runtuh.

Menurut DMC, 15 orang maut, 20 cedera dan seorang lagi hilang, katanya.

Jabatan Meteorologi Sri Lanka pada Jumaat menyatakan bahawa tekanan tropika di selatan Teluk Benggala telah bertukar menjadi taufan. Kesan sistem ini terhadap cuaca negara dijangka akan berkurang secara beransur-ansur selepas Jumaat, katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan