Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kren tumbang di tapak pembinaan di luar ibu negara Thailand pada Jumaat, menyebabkan tiga pekerja maut dan 10 lagi cedera. Foto media sosial

Kren tumbang di Thailand, tiga terbunuh dan 10 cedera

Bangkok, 29 Nov: Sebuah kren tumbang di tapak pembinaan di luar ibu negara Thailand pada Jumaat, menyebabkan tiga pekerja maut dan 10 lagi cedera, menurut polis.

Insiden itu berlaku awal pagi di Samut Sakhon, barat Bangkok, apabila sebuah kren yang digunakan untuk membina jejambat tumbang.

Tiga pekerja maut di tempat kejadian, manakala 10 lagi cedera dengan beberapa mangsa berada dalam keadaan kritikal, kata Detchanakorn Chanthaphum dari polis Samut Sakhon kepada AFP.

“Kami menjumpai tiga mayat,” katanya sambil menambah bahawa mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Pasukan jurutera dan polis sedang menyiasat punca kejadian yang disyaki disebabkan oleh beban galang yang berlebihan.

Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra menyampaikan ucapan takziah menerusi hantaran di platform X, dan berkata kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat insiden tersebut.

Kemalangan pembinaan adalah perkara biasa di Thailand dengan pengendali perniagaan sering mengabaikan keperluan keselamatan dan beroperasi tanpa permit.

Pada  Mac, tujuh orang terbunuh apabila sebuah kren tumbang semasa kerja pembinaan di sebuah kilang di timur Bangkok.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan