Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman ditemui pada sidang media Ekspo dan Persidangan BorneoCraft Global 2024 (BCG 2024) di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

BCG 2024: Platform belia lestari seni kraf ke peringkat global

KUCHING, 29 Nov: Golongan belia memainkan peranan penting dalam memastikan kelestarian kesenian budaya agar tidak luput serta malar segar pada masa hadapan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mengakui golongan itu amat diperlukan dalam meneruskan legasi tersebut selain skop penglibatan mereka perlu diperluaskan merentasi semua etnik di Sarawak supaya dapat diangkat ke peringkat global.

“Apabila ia melibatkan pembangunan seni dan kraf pelbagai etnik di Sarawak, kami tidak menghadkan diri kami hanya kepada satu atau dua komuniti sahaja dan bukan hanya seni dan kraf Iban atau seni dan kraf Bidayuh. Ia terbuka, apa sahaja yang boleh kita bangunkan, kita akan bangunkan, kerana ia merentasi kaum dan sempadan budaya, sama seperti bagaimana kita membangunkan Muzium Budaya Borneo, seperti yang saya nyatakan tadi.

“Jika anda melawat ke muzium itu, ia mencerminkan Sarawak dan budaya semua etnik yang ada di wilayah ini, dan di situlah apabila etnik tertentu itu, kumpulan etnik merasakan bahawa mereka diiktiraf, mereka secara tidak langsung akan menyayangi, menyokong serta menghargai semua usaha yang kita lakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Ekspo dan Persidangan BorneoCraft Global 2024 (BCG 2024) di sini, pada Jumaat.

Abdul Karim turut menyeru agar golongan belia yang terlibat dalam industri seni dan kraf untuk tampil dan berkolaborasi dengan kementeriannya sebagai usaha untuk memangkin serta melestarikan industri terbabit.

“Kita mempunyai Modal Teroka Belia Sarawak untuk membantu mereka yang terlibat dalam industri seni seni kreatif dan kraf, selain Dana Mudahcara bagi mereka yang ingin menjalankan kajian serta penyelidikan dalam industri ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan