Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fatimah menyampaikan bantuan kewangan bernilai RM 10,000 bagi pengoperasian PAWE Puncak Borneo. Foto TVS

Bas khas disediakan untuk mudahkan akses warga emas, OKU

KUCHING, 29 Nov: Sebuah bas mesra warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) akan disediakan untuk memastikan golongan tersebut mempunyai akses untuk keluar dari kawasan kediaman.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pengangkutan tersebut penting bagi memastikan kesejahteraan golongan berkenaan menerusi proses sosial dan interaksi antara satu sama lain selain sebagai kemudahan ke destinasi dituju.

Menurutnya, pengalaman mengurus atlet pada Para SUKMA Sarawak membuatkan beliau memikirkan inisiatif mendapatkan sebuah bas yang mesra dua golongan tersebut.

“Saya beritahu kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mulai tahun hadapan cuba memohon kepada Kerajaan Sarawak, cuba di Bahagian Kuching dahulu, bas ini hendaklah mesra warga emas terutama yang terpaksa menggunakan kerusi roda.

“Kita tidak mahu golongan ini hanya duduk di rumah sahaja. Jika duduk di rumah sahaja, mereka akan terasing, tertekan dan kualiti hidup mereka bertambah teruk.

“Ini akan kami usahakan dan kita akan sediakan kertas kerja, saya akan bentangkan dalam kabinet,” katanya.

Fatimah berkata, beberapa bangunan dan taman rekreasi di Sarawak juga dilihat tidak mesra warga emas kerana tidak menyediakan kerusi rehat.

Terdahulu, Fatimah hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Harga Emas Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Rumah Seri Kenangan, Kuching pada  Jumaat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan