Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Pudina, Presint 17 hari ini. Foto Bernama

Banjir: Cuti anggota Jemaah Menteri dibekukan – PM Anwar

ByBernama

PUTRAJAYA, 29 Nov: Cuti semua Jemaah Menteri dibekukan susulan bencana banjir yang melanda negara ketika ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memaklumkan perkara itu berkata semua menteri dan timbalan menteri turut diarahkan untuk turun padang ke kawasan bencana.

“Semua menteri diminta teruskan tugas sekarang, turun (ke lapangan). Ya (cuti dibekukan),” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama lebih 500 jemaah di Surau Pudina, Presint 17 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sama ada cuti anggota Kabinet akan dibekukan ketika bencana banjir melanda negara pada masa ini.
Hujan berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir di beberapa negeri meningkat mendadak dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu sebanyak 59,232 mangsa telah dipindahkan ke 221 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini, berbanding 50,947 orang di 207 PPS malam tadi.

Di Terengganu, sebanyak 20,911 mangsa daripada 5,916 keluarga berlindung di 232 PPS setakat 8 pagi ini berbanding 17,762 orang semalam.
Negeri lain yang turut terjejas banjir ialah Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Selangor.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan melibatkan lapan negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor, hingga esok. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan