Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden STU, Kullin Djayang. Foto TVS

Timbang semula keputusan mansuh peperiksaan

KUCHING, 28 Nov: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mempertimbangkan semula hasrat untuk memansuhkan semua peperiksaan di negara ini.

Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) Kullin Djayang berkata, pihaknya bukan membantah keputusan tersebut namun kepentingan dalam sistem pendidikan negara hendaklah diberi perhatian.

“Apabila kita buat sedikit tinjauan kepada guru di beberapa bahagian di Sarawak, didapati lebih ramai guru yang bersetuju masih ada peperiksaan di peringkat akhir sekolah rendah dan tingkatan tiga dan peperiksaan SPM melibatkan pelajar tingkatan lima.

“Seramai 2,060 guru yang menjawab tinjaun dengan 79.8 peratus bersetuju peperiksaan diadakan dan 20.2 peratus sahaja tidak bersetuju,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, masih ramai lagi golongan pendidik dan ibu bapa mahukan peperiksaan seragam seluruh negara untuk menilai kemampuan sebenar pelajar pada suatu tahap tertentu seperti akhir tahun enam, tingkatan tiga dan lima.

“Selain untuk membuat penempatan bagi pelajar ke bidang atau aliran yang sesuai berdasarkan minat pelajar sama ada di peringkat sekolah atau IPT, peperiksaan juga sesuai untuk menentukan sejauh mana kemampuan, pemahaman dan pencapaian sebenar pelajar setelah mengikuti sesi pembelajaran dalam tempoh beberapa tahun.

“Bagi guru pula, peperiksaan adalah salah satu indikator untuk melihat keberkesanan teknik dan kaedah pengajaran mereka itu berkesan atau tidak untuk tempoh tertentu,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan