Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni. Foto fail TVS

Sistem DRG kebangsaan dipertimbangkan untuk kawal kos perubatan

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti pelaksanaan sistem Diagnosis Related Group (DRG) di seluruh hospital negara sebagai langkah menangani peningkatan kos perubatan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, menjelaskan bahawa DRG merupakan sistem klasifikasi pesakit berdasarkan diagnosis, rawatan, serta penggunaan sumber dalam setiap episod rawatan.

Sistem ini bertujuan mempermudah pengiraan kos rawatan, pengurusan, dan tarif kesihatan untuk memastikan pembiayaan sektor kesihatan lebih teratur.

“Kami sedang berusaha untuk memperkenalkan sistem DRG ini di peringkat kebangsaan agar hospital universiti, hospital tentera, dan hospital swasta dapat menggunakannya bagi menetapkan kos rawatan pesakit dengan lebih berpatutan.

“Ia juga membolehkan golongan M40 dan B40 mendapatkan rawatan di sektor swasta tanpa rasa bimbang terhadap caj rawatan yang terlalu tinggi,” katanya semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) yang membangkitkan isu peningkatan tidak munasabah caj premium insurans kesihatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan