Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemenangan ke atas Laos, diikuti keputusan seri menentang India menyumbang kepada peningkatan kedudukan skuad kebangsaan. Foto fail menunjukkan barisan pemain Harimau Malaya ketika bertemu India baru-baru ini. Foto FAM (FB)

Ranking Harimau Malaya naik satu tangga ke-132 dunia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Skuad Harimau Malaya naik satu anak tangga ke kedudukan ke-132 dunia, berdasarkan kepada kemas kini terkini ranking dunia FIFA, hari ini.

Mengikut laman sesawang www.fifa.com, anak buah Pau Marti Vicente mengumpulkan 1117.05 mata untuk naik daripada kedudukan ke-133 bulan lepas, sebaris bersama pasukan Cyprus (130), Malawi (131), Nicaragua (133) dan Kuwait (134).

Kedudukan terkini itu disumbangkan oleh kejayaan pasukan negara mengalahkan Laos 3-1 pada 14 Nov dan seri 1-1 dengan India pada 18 Nov.

Namun kedudukan itu menyaksikan Malaysia masih ketinggalan berbanding negara Asia Tenggara lain seperti Thailand (97), Vietnem (116) dan Indonesia (125).

Lima pasukan terbaik Zon Asia ialah Jepun (15), Iran (18), Korea Selatan (23), Australia (26) dan Qatar (46).

Argentina selaku pemenang Piala Dunia 2022, kekal unggul di tangga teratas, diikuti Perancis, Sepanyol, England dan Brazil.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan