Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri (tujuh, kiri) bergambar bersama penerima sijil penghargaan panel pemilihan PERANTIS pada Majlis Peluncuran Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2024 di sebuah hotel pada Rabu. Foto Bernama

PERANTIS beri peluang wanita perkasa diri jadi pemimpin

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Sebanyak 26 permohonan bagi Program Perantisan Kepimpinan Wanita 2024 (PERANTIS 2024) telah diluluskan dengan peruntukan RM1.19 juta, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata ia melibatkan 1,544 perserta program yang telah melalui saringan ketat oleh 13 panel pakar untuk melaksanakan program yang mengangkat martabat wanita dalam pelbagai bidang seperti kepimpinan, ekonomi dan teknologi.

“Program PERANTIS adalah satu projek perintis yang diperkenalkan bagi memberi peluang kepada wanita untuk memperkasakan diri dan menjadi pemimpin muda yang berwibawa.

“Dalam program ini, wanita mempunyai platform untuk memperoleh ilmu, bimbingan dan jaringan yang boleh membawa mereka lebih jauh dalam kerjaya dan peranan kepimpinan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program itu, malam tadi.

Beliau berkata PERANTIS diperlukan selepas melihat kepada realiti semasa yang mana penyertaan wanita dalam kepimpinan di Malaysia masih rendah, dengan skor parti politik hanya 0.102 berdasarkan Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) 2022.

“Lihat sahaja Ahli Parlimen wanita di Dewan Rakyat, jumlahnya sangat kurang. Oleh itu, kita sahut cabaran agar wanita belajar ilmu politik.

“Tetapi, program ini melibatkan ilmu dalam bidang politik, jadi tidak semestinya mereka menjadi ahli politik. Apa yang penting kita mahukan wanita memahami politik dalam setiap peringkat, sama ada negeri atau Persekutuan bahkan kita memberi peluang kepada mereka mengalaminya sendiri melalui latihan praktikal yang disediakan,” katanya.

Justeru, Nancy berharap agar program ini akan memberi manfaat besar kepada wanita di negara ini dan menarik lebih ramai penyertaan pada masa akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan