Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas penolong pegawai penyedia makanan, Rosdi Abd Malek, 35, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di bagi berdepan 11 pertuduhan menipu seorang wanita sebanyak RM165,000 hari ini. Foto TVS

Penganggur mengaku tidak salah tipu wanita RM165,000

BUTTERWORTH, 28 Nov: Seorang bekas penolong pegawai penyedia makanan di sebuah hospital dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 11 pertuduhan menipu seorang wanita dalam urusan pembelian emas berjumlah RM165,000.

Tertuduh, Rosdi Abd Malek, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin@Ghani.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memperdaya mangsa akan menerima emas fizikal dengan mendorong wanita itu menyerahkan wang dalam nilai berbeza berjumlah RM165,000 ke dalam dua akaun bank.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Persiaran 5/10, Bandar Putra Bertam antara 20 Februari hingga 13 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Sekyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara setahun hingga 10 tahun, sebatan dan boleh didenda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Airina Syazreena Zainurin, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Husna Ridzuan.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan yang keseluruhannya berjumlah RM33,000.

Kes akan disebut semula 23 Januari depan bagi serahan dokumen. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found