Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi tertarik melihat Buku Himpunan Antologi Pantun Lakon Perpuastakaan Bandaraya DBKU. Foto TVS

Martabatkan seni pantun dalam kalangan generasi muda

ByMahathir Haroun

KUCHING, 28 Nov: Generasi muda pada masa kini perlu diberi pendedahan secara lebih meluas mengenai seni pantun.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, ia penting untuk memartabatkan warisan budaya masyarakat yang tinggi nilainya itu supaya ia tidak luput ditelan zaman.

Menurutnya, setiap pantun mempunyai rima tersendiri dan kebanyakannya dilontarkan secara spontan dengan pemilihan kosa kata adalah penting untuk menguatkan setiap susunan bait supaya nilainya kekal asli dan indah.

“Apa yang penting sekali dalam pantun ialah penggunaan bahasa, jika kosa kata sesuatu pantun itu tidak kuat, sudah tentu susah untuk kita menuturkannya tetapi anehnya pantun ini datang serta-merta tanpa kita berfikir sama sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Buku Himpunan Antologi Pantun Lakon Perpustakaan Bandaraya Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di sini, hari ini.

Pada majlis sama, Dr. Abdul Rahman turut melancarkan maskot baharu DBKU dikenali sebagai Uteh.

Menurutnya, pantun juga memiliki banyak kepentingan dalam kehidupan masyarakat khususnya dalam budaya Melayu dan Nusantara.

“Ia merupakan salah satu bentuk puisi tradisional yang mencerminkan identiti dan kekayaan budaya masyarakat Melayu.

“Pada masa sama, pantun membantu kita menyampaikan pesan dan nasihat,” ujarnya.

Hadir sama Datuk Bandar Kuching Utara Datuk Hilmy Othman dan Pengarah DBKU Salwa Pauzi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan