Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto fail Bernama

Malaysia berpeluang perluas keyakinan pelabur untuk terus pilih ASEAN – PM Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Selaku Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia berpeluang mengembangkan keyakinan pelabur untuk terus memilih ASEAN sebagai destinasi utama pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantarannya di Facebook pada Khamis, beliau berkata Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mengukuhkan kedudukan sebagai sebuah negara dagang dan ekonomi yang berkembang pesat di sebalik ketidaktentuan geopolitik dunia.

“Petang ini sempat luang waktu berdiskusi (mengenai) situasi ekonomi dan kewangan global tatkala menerima menerima kunjungan hormat Peter Wong, Pengerusi HSBC Asia Pasifik dan Omar Siddiq, Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank Malaysia beserta delegasi di pejabat.

“Insya-Allah melalui dasar dan hala tuju Kerajaan MADANI ini, usaha ini akan dapat diintegrasikan ke peringkat ASEAN demi kemajuan dan kemakmuran rantau ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan