Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekitar suasana berlangsungnya Istiadat Konvokasyen Kolej Cyberjaya Kuching di Dewan Majma' Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Kuching pada Khamis. Foto TVS

Majlis Konvokesyen tahun ke-10 pamer kejayaan Kolej Cyberjaya Kuching

KUCHING, 28 Nov: Istiadat Konvokesyen Kolej Cyberjaya Kuching bagi sesi ke-10 hari ini menjadi simbol kejayaan Institusi Pengajian Tinggi (IPTS) swasta itu bertapak di Bumi Kenyalang.

Ketua Akademik Kolej Cyberjaya Kuching, Fatimah Elie mengakui akreditasi MQA program pengajian tinggi seperti ditawarkan di kolej tersebut memberi kelebihan kepada pihaknya menjadi pilihan para pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma.

Menurutnya, perkara tersebut dapat dibuktikan melalui peningkatan jumlah pelajar yang telah bertapak selama sedekat di Sarawak bagi memberi sumbangan dalam pendidikan di peringkat negeri.

“Salah satu kelebihan kita adalah semestinya ke semua program yang kita tawarkan, mendapat akuritasi daripada MQA dan juga kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi.

“Tengok balik kita punya jumlah pelajar yang semakin bertambah telah menunjukkan kita punya kolej ada signifikan dan memberikan sumbangan dalam pendidikan di peringkat negeri,” ujarnya semasa ditemui pemberita selepas Istiadat Konvokasyen Kolej Cyberjaya Kuching di Dewan Majma’ Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Kuching pada Khamis.

Sementara itu, Penerima Anugerah Graduan Terbaik, Maxicca Ma’ck Crose turut menzahirkan rasa syukur setelah menerima penganugerahan graduan terbaik bagi sesi tahun 2024 yang menjadi bukti kepada usahanya selama empat tahun mengharungi cabaran sebagai pelajar.

Katanya, zaman Covid-19 merupakan fasa yang cukup mencabar baginya dalam pelajaran namun berkat usaha dan tekad dalam pendidikan dia mampu untuk melepasi tahap sukar itu sehingga berjaya.

“Tak ada juga rahsia, cma perlu ada dedikasi dalam diri untuk naikkan gred.

“Dan jangan putus asa walaupun banyak cabaran dalam belajar, lagi-lagi masa Covid hari itu,” katanya.

Manakala bagi pelajar antarabangsa dalam Diploma Teknologi Makmal Perubatan, Putri Nur Usrayha, dirinya cukup selesa melanjutkan pelajaran di Kolej Cyberjaya Kuching kerana penerimaan kepada pelajar antarabangsa yang sangat baik kepadanya.

Jelasnya, walaupun mempunyai perbezaan dari sudut komunikasi namun dirinya masih boleh bergaul dengan rakan-rakan yang lain sehingga dirinya mampu untuk belajar bahasa Sarawak yang lain daripada mereka.

“Kalau saya dari Limbang, bahasanya memang agak lain jadi kalau datang ke Kuching lebih lain lagi.

“Jadi memang komunikasi lah agak sedikit susah tapi pergaulan dengan rakan memang baik,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan