Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki dari Arizona, Amerika Syarikat (AS) ditahan selepas dipercayai memuat naik video dalam talian yang mengancam untuk membunuh Presiden Terpilih Donald Trump dan keluarganya, lapor media tempatan pada Rabu. Foto AFP

Lelaki disyaki ancam bunuh Trump ditahan

ByBernama

LOS ANGELES, 28 Nov: Seorang lelaki dari Arizona, Amerika Syarikat (AS) ditahan selepas dipercayai memuat naik video dalam talian yang mengancam untuk membunuh Presiden Terpilih Donald Trump dan keluarganya, lapor media tempatan pada Rabu.

Suspek, Manuel Tamayo-Torres ditahan pada Isnin berhampiran San Diego, tempat dia bercadang untuk berpindah dalam masa terdekat, menurut saluran berita ABC 7, lapor Xinhua.

Pertuduhan terhadap lelaki itu difailkan di Arizona.

ABC 7 yang memetik dokumen mahkamah melaporkan bahawa suspek memuat naik beberapa siri video di Facebook dalam beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk satu video yang menunjukkan lelaki itu memegang senapang jenis AR-15 berwarna putih dengan kelopak peluru 30-butir dimasukkan ke dalamnya.

Dokumen mahkamah tidak secara langsung mengenal pasti Trump, tetapi merujuk beliau sebagai “Individu 1,” istilah yang lazim digunakan dalam dokumen mahkamah bagi merujuk kepada tokoh awam, bekas presiden dan presiden terpilih semasa.

Tamayo-Torres menghadapai pertuduhan jenayah berat kerana mengancam presiden terpilih selepas membuat beberapa ancaman terhadap Trump dan keluarganya, selain empat pertuduhan membuat kenyataan palsu semasa pembelian senjata api, menurut dokumen itu. -TVS

Tags: arizona, AS, Trump

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan