Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedang meneliti semula semua akta perburuhan, termasuk Seksyen 60E Akta Kerja 1955, yang menggariskan kelayakan cuti tahunan pekerja, sebagai sebahagian daripada usaha reformasi undang-undang perburuhan. Foto fail Bernama

KESUMA kaji semula Akta Kerja 1955

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedang meneliti semula semua akta perburuhan, termasuk Seksyen 60E Akta Kerja 1955, yang menggariskan kelayakan cuti tahunan pekerja, sebagai sebahagian daripada usaha reformasi undang-undang perburuhan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, memaklumkan bahawa Akta Kerja 1955 kali terakhir dipinda pada 2022, dengan 12 pindaan telah dilakukan sejak diperkenalkan.

Menurut Seksyen 60E, pekerja layak menerima cuti tahunan berbayar sebanyak lapan hari bagi tempoh perkhidmatan kurang dua tahun, 12 hari untuk perkhidmatan antara dua hingga lima tahun, dan 16 hari bagi pekerja dengan tempoh perkhidmatan lima tahun atau lebih.

“KESUMA komited untuk memastikan kebajikan pekerja di negara ini terus terpelihara,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) berhubung perancangan kementerian dalam mengkaji semula Akta Kerja 1955 yang melibatkan kebajikan pekerja sektor swasta, khususnya berkaitan cuti tahunan, dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan