KUCHING, 28 Nov: Sebanyak RM85, 895 hasil lelongan awam kenderaan sita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak Tahun 2024 berjaya dikutip semalam.
JPJ Sarawak dalam kenyataannya berkata, lelongan yang disertai lapan pembida itu melibatkan sebanyak 11Â kenderaan bagi lapan yang boleh dilesenkan dan tiga yang tidak boleh dilesenkan.
“Kutipan hasil tertinggi lelongan adalah sebanyak RM62,000 bagi seunit kenderaan jenis Jip Range Rover dan lelongan terendah adalah sebanyak RM25 bagi seunit motosikal jenama Suzuki,” kata kenyataan itu.
Timbalan Pengarah JPJ Negeri Sarawak, Nor Azlan Ibrahim hadir bagi melihat perjalanan pelelongan awam ini daripada awal hingga akhir majlis berlangsung.-TVS