Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jasad seorang pemuda yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah di Tekalong, Melugu, Sri Aman ditemui terapung di sungai hari ini sudah mulai mereput. Foto IPD Sri Aman

Jasad pemuda hilang ditemui mulai mereput

SRI AMAN, 28 Nov: Jasad seorang pemuda yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah di Tekalong, Melugu di sini yang ditemui terapung di sungai hari ini sudah mulai mereput.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mathew Manggie berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kelapan melakukan pencarian dari kawasan Loji Rawatan Air Melugu hingga ke Jambatan Sungai Dor di Lebuhraya Pan Borneo menghala ke Hulu Sungai Dor dengan jumlah radius pencarian lebih kurang tiga kilometer.

“Dalam pencarian tersebut pada jam 10.25 pagi pasukan menyelamat telah menjumpai satu mayat lelaki hanya berseluar pendek warna merah dalam keadaan terapung di tepi Sungai Dor dengan jarak lebih kurang 300 meter dari Jambatan Sungai Dor.

“Mayat lelaki tersebut kemudiannya dikeluarkan dari sungai dan kemudiannya telah dicam oleh keluarga Mangsa sebagai mangsa atau orang hilang (OH),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, seterusnya mayat telah dihantar ke Hospital Sri Aman untuk tindakan selanjutnya.

Pada 20 November lalu jam 10 pagi, mangsa Jackson Bar Runi berusia 23 tahun telah keluar daripada rumah dan tidak memberitahu ahli keluarga yang lain ke mana arah pergi.

Laporan polis dibuat ahli keluarganya pada 21 November dan mangsa dikategorikan Orang Hilang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan