Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Hubungan Malaysia, AS kekal kukuh di sebalik sokongan kepada Palestin

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan walaupun aspek ekonomi amat penting ia sama sekali tidak akan menjejaskan pendirian Malaysia dalam memperjuangkan keadilan dan hak rakyat Palestin khususnya di Gaza.

Menurutnya, Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat akan terus berpegang teguh kepada prinsipnya dalam membicarakan isu-isu antarabangsa terutama apabila melibatkan penindasan dan kezaliman di Gaza.

Merujuk kepada hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat, Perdana Menteri menjelaskan hubungan kedua-dua negara kekal kukuh dengan kerjasama strategik serta perkongsian komprehensif terus dijalinkan, termasuk pertemuan dengan pemimpin tertinggi negara itu.

“Dari Januari hingga Oktober 2024, jumlah perdagangan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan sebanyak 29.1 peratus, menjadikan nilai perdagangan sebanyak RM264.28 bilion, berbanding RM204.78 bilion dalam tempoh sama pada 2023. Ini merupakan kenaikan ketara daripada US$45.09 bilion kepada US$57.76 bilion,” katanya semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan RSN Rayer (PH-Jelutong) berhubung kemungkinan risiko sekatan perdagangan daripada Amerika Syarikat akibat ketegasan Perdana Menteri mempertahankan hak dan kedaulatan Palestin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan