Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media sempena The Borneo Highland Glamping Festival di Kuching, hari ini. Foto TVS

Edisi kedua Borneo Highland Glamping Festival 13-15 Disember ini

KUCHING, 28 Nov: Edisi kedua The Borneo Highland Glamping Festival dijadualkan berlangsung dari 13 hingga 15 Disember ini, membabitkan peserta dari Indonesia, Singapura, China, Brunei, dan Thailand.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata festival kali ini menampilkan 250 khemah berbanding 109 khemah tahun lepas, satu perkembangan positif yang menunjukkan minat dalam kalangan peserta tempatan dan asing yang semakin meningkat.

“Festival Glamping Borneo Highland telah menjadi tarikan ekopelancongan utama, menggabungkan alam semula jadi, budaya, pengembaraan dan inovasi.

“Ia mencerminkan visi bersama untuk membangunkan produk pelancongan mampan baharu yang meletakkan Sarawak sebagai destinasi eko-pelancongan ternama,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Glamping merupakan singkatan bagi perkataan ‘glamorous camping’ yakni konsep penginapan yang menggabungkan kemudahan mewah seperti yang terdapat dalam hotel dengan pengalaman berkhemah dalam persekitaran alam semula jadi.

Abdul Karim berkata festival tiga hari itu menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti bengkel makanan dan kraf tradisional, yoga dan meditasi, memanah, berkayak, Zumba, jualan pelbagai makanan, ekspo luar, konsert mini dan pertunjukan api.

“Acara seperti ini bukan sahaja mempamerkan keindahan alam semula jadi Sarawak tetapi juga mengeratkan hubungan komuniti, meningkatkan hubungan serantau dan menyerlahkan keupayaan kita untuk berinovasi dalam pelancongan,” katanya.

Sebanyak 250 tapak khemah disediakan bagi acara berkenaan.

Sementara itu, Pengasas Borneo Glamping Awang Saifeluddin berkata, program ini tidak hanya menfokuskan kepada aktiviti berkhemah.

Ia turut menyediakan beberapa aktiviti sampingan untuk para pengunjung.

Katanya, antara aktiviti yang disediakan termasuk aktiviti berkayak, berbasikal, aktiviti yoga serta bengkel kraf tangan dengan kadar bayaran berpatutan namun kemasukan ke festival berkenaan adalah percuma.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan