Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mark Zuckerberg bertemu dengan Donald Trump, yang disahkan oleh timbalan ketua dasar presiden yang bakal dilantik, ketika pengasas Facebook itu nampaknya berusaha untuk memperbaiki hubungan dingin dengan bakal presiden itu. Foto AFP

CEO Meta Mark Zuckerberg bertemu Donald Trump di Florida

ByBernama

WASHINGTON, 28 Nov: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Meta Mark Zuckerberg bertemu dengan Donald Trump, yang disahkan oleh timbalan ketua dasar presiden yang bakal dilantik, ketika pengasas Facebook itu nampaknya berusaha untuk memperbaiki hubungan dingin dengan bakal presiden itu.

Menurut United Press International (UPI), Zuckerberg bertemu Trump pada Rabu di resort Mar-a-Lago milik mogul hartanah New York itu di Florida, kata Stephen Miller kepada Fox News pada Ahad.

“Mark Zuckerberg, seperti kebanyakan pemimpin perniagaan, memahami bahawa Presiden Trump adalah ejen perubahan, ejen kemakmuran dan oleh itu, pemimpin perniagaan, CEO di mana-mana, mereka mahu menjadi elemen, penyokong, penggalak untuk menjadikan ekonomi kita makmur, memberi manfaat kepada pekerja Amerika dan memastikan bahawa Amerika adalah negara yang paling berkuasa, terkaya, paling bebas di muka Bumi ini, ” kata Miller.

“Jadi, kita akan lihat apa yang akan terjadi,” tambahnya, menyatakan bahawa Zuckerberg “mempunyai kepentingan sendiri…tetapi dia telah menjelaskan bahawa dia mahu menyokong pembaharuan negara Amerika di bawah kepimpinan Presiden Trump.”

Seorang wakil Meta juga mengesahkan pertemuan itu kepada The New York Times dalam satu kenyataan, mengatakan bahawa Zuckerberg “bersyukur” atas jemputan untuk menyertai makan malam bersama Trump.

“Ini adalah masa yang penting untuk masa depan inovasi Amerika,” kata wakil itu, sambil menambah bahawa makan malam itu juga memberi peluang kepada Zuckerberg untuk bertemu dengan anggota lain daripada pentadbiran yang akan datang.

Zuckerberg — yang platform Facebooknya menggantung akaun Trump selepas insiden pada 6 Jan 2021 — telah menjadi sasaran kritikan Trump.

Berikutan larangan itu, Trump menyifatkannya sebagai ‘penghinaan’ kepada rakyat Amerika yang mengundi untuknya dalam pilihan raya 2020, yang dimenangi oleh Presiden AS Joe Biden. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan